Friday, March 20, 2009

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

____________ _________ _________ _________ _______

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur
atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga
sup tulang!

____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun
badan boleh tak?

____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome :
Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!

____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang
serta merta.

____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi
tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.

____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan
lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya".
Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk
mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni...
Enter or paste HTML/embed code here if you want

No comments:

Post a Comment

Pages